March 2009

March 4, 2009

Jalan para sahabat r.a

05. Jalan para sahabat r.a Kaum Muslimin yang dibimbing secara langsung oleh Rasulullah s.a.w telah menunjukkan kecemerlangan dalam apa juga bidang yang mereka ceburi dan apa juga suasana yang mereka berada di dalamnya. Mereka mampu bertahan ketika menghadapi ujian bala bencana, menanggung penghinaan, ejekan, penentangan dan penyiksaan sehingga mereka terpaksa mengharungi lautan ke Habsyah dan meredah padang pasir ke Yasrib demi menyelamatkan agama mereka. Di hadapan Raja Habsyah, Jaafar bin Abu Talib selaku ketua Muhajirin di Habsyah, telah memberi penerangan lengkap dan jelas mengenai Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam, mematahkan hujah wakil pihak Quraisy yang menuntut agar kaum Muslimin […]
March 4, 2009

Fana dalam wahyu baqa dalam ubudiyah

04. Fana dalam wahyu baqa dalam ubudiyah Pada hari Isnin 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos tahun 610 Masehi, ketika Nabi Muhammad s.a.w berusia 40 tahun, 6 bulan dan 8 hari, datanglah malaikat Jibrail a.s kepada baginda s.a.w yang sedang berkhalwat di Gua Hiraa. Jibrail a.s yang muncul secara tiba-tiba itu terus berkata: “Baca!” Nabi Muhammad s.a.w menjawab: “Saya tidak tahu membaca”. Jibrail a.s terus menangkap Nabi Muhammad s.a.w. Diserkupnya baginda s.a.w dengan kain rida’ dan dipeluknya sehingga baginda s.a.w mengalami kesukaran untuk bernafas. Kemudian dilepaskannya dan disuruhnya baginda s.a.w membaca seperti mulanya. Baginda s.a.w masih mengatakan tidak tahu membaca. Sekali […]
March 4, 2009

Fitrah dan wahyu

03. Fitrah dan Wahyu Semua manusia berasal daripada diri yang satu iaitu Nabi Adam a.s. Sekalian yang lahir daripada Adam a.s dinamakan bangsa manusia. Tidak ada keturunan Adam a.s yang berbangsa haiwan, tumbuh-tumbuhan atau gali-galian. Adam a.s dan keturunan beliau a.s menjadi manusia kerana mereka semua memiliki kemanusiaan. Tidak ada manusia yang tidak memiliki kemanusiaan. Benih kemanusiaan yang pertama disemaikan pada kejadian Adam a.s dan kemudian benih tersebut ‘berjalan’ kepada Siti Hawa, ibu yang mulia dan diberkati dengan keturunan yang amat ramai. Ketika Adam a.s dan Ibu Hawa berada di dalam syurga benih kemanusiaan itu hanya aktif pada mereka berdua […]
March 4, 2009

Nabi Muhammad saw insan fitrah

02. Nabi Muhammad saw insan fitrah Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang manusia fitrah yang sejak awal kejadian baginda s.a.w sentiasa bergerak di atas landasan fitrah insan yang suci murni. Fitrah yang suci bersih lagi murni akan mencetuskan perjuangan dalam jiwa apabila insan itu dibaluti oleh suasana yang penuh dengan kemunkaran, kezaliman, penyembahan berhala dan benda-benda alam, perebutan kuasa, kegilaan kepada harta dan berbagai-bagai adat serta kebudayaan yang menyimpang jauh daripada sifat fitrah yang asli. Perjuangan dalam jiwa Nabi Muhammad s.a.w sampai ke kemuncaknya apabila baginda s.a.w mencapai usia 36 tahun. Kejahilan, kesyirikan, kekafiran, kemunkaran dan kezaliman yang berleluasa di dalam […]
March 4, 2009

Nabi Muhammad saw penyelamat umat

01. Nabi Muhammad saw penyelamat umat KEADAAN DUNIA SEBELUM KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W: Dunia pada abad ke enam Masehi adalah umpama seorang yang sedang sakit tenat, tersangat memerlukan kepada penyelamat dan perawat yang mahir untuk mengubati penyakitnya dan menyelamatkannya daripada berbagai-bagai huru-hara dan kemusnahan. Semua bangsa-bangsa di seluruh pelusuk dunia dicengkam oleh kegelapan akidah dan kehancuran moral. Bangsa Aria di Sepanyol dan di selatan Perancis terlibat di dalam perebutan kuasa dengan kerajaan Clovis yang bermazhab Katholik. Bangsa Aria yang mendapat bantuan daripada kerajaan Roman Timur berjaya menewaskan kerajaan Clovis. Setelah berjaya menewaskan kerajaan Clovis, bangsa Aria berperang pula menentang kerajaan […]
March 4, 2009

Mukaddimah

Mukaddimah Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, Pemelihara sekalian alam. Selawat disertai salam ke atas yang paling mulia di antara Rasul-rasul, Muhammad Rasul yang Amin, dan atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w. Segala puja dan puji sekaliannya hanya untuk Allah s.w.t, Tuhan Yang Maha Agung, Maha Tinggi, Maha Besar, Maha Perkasa, Maha Mulia dan Maha Sempurna. Kami panjatkan syukur atas segala rahmat, nikmat, taufik, hidayat dan segala kurniaan-Mu yang tidak pernah putus sejak zaman azali hinggalah kepada zaman abadi. Walau bagaimanapun suci puji-pujian kami terhadap diri-Mu namun, Engkau meninggi dan melampaui apa […]
March 4, 2009

Kata Penghantar

Segala pujian terkhusus bagi Allah s.w.t, Pencipta sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh pejuang kebenaran sehingga akhir zaman. Manusia merupakan makhluk istimewa dicipta oleh Allah s.w.t namun, keistimewaan tersebut bergantung kepada realiti dirinya, kesedaran serta ketaatan terhadap apa yang diperintahkan oleh Penciptanya. Kemuliaan manusia sehingga dilantik menjadi khalifah dan diangkat menjadi rasul-rasul dan nabi-nabi adalah membuktikan tentang hakikat kejadian tersebut serta tanggungjawab yang bakal dipikul olehnya. Cabaran duniawi yang besar serta liputan kebenaran yang sentiasa tertutup oleh pandangan kebendaan, hawa nafsu dan dorongan jiwa yang rendah menyebabkan manusia sentiasa mencari jalan-jalan yang […]
March 4, 2009

Rahsia syariat….

Rahsia Syariat Dan Nama Ilahi Yang Memiliki Keagungan menuntut keagungan daripada Yang Memiliki Keagungan. Lalu Yang Memiliki Keagungan enggan menyaksikan selain keagungan. Apabila dia menyaksikan kewujudan keperkasaan Allah, hamba Allah bermain mata. Dia sejahtera dengan dirinya bangga, sombong, meninggi diri, bongkak. Dia beritahunya tentang Syariat yang dipelihara lalu kuasanya menghinanya sungguh-sungguh. Hamba menjerit dengan kehilangan dan kehinaan, “Wahai Engkau yang keagungan-Mu dimuliakan dan ditinggikan!”   [Nama-nama Ilahi adalah bahasa bagi suasana yang sesuai dengan hakikat-hakikat] Allah berfirman,  “Katakanlah: Sekiranya di bumi ini kedapatan malaikat berjalan dengan aman. Kami tentunya akan utuskan daripada langit kepada mereka malaikat juga yang menjadi Utusan” […]
March 4, 2009

Masa yang ada….

59. Masa yang ada masa dan masa yang ditentukan Bila engkau pastikan bahawa bahan masa ditentukan dan diketahui melalui ilusi, Seumpama alam semulajadi dalam memberi kesan kuasanya Sumber alam semulajadi dan masa adalah tidak wujud. Perkara-perkara ditentukan dengannya, tetapi ia tidak mmeiliki sumber yang dengannya ia diputuskan. Akal tidak mampu menyaksikan bentuknya kerana sebab itu, kami katakan masa adalah ilusi. Seandainya bukan kerana ‘tiada-hubungan’, kewujudan Allah tidak akan jadi ditentukan olehnya. Maka Dia meninggi di dalam hati. Bila kamu adil dengan akar masa daripada sebelum-masa keputusannya ialah azali, dan ia dikawal. Seperti kekosongan yang sambungannya tidak ada kesudahan dalam badan […]
March 4, 2009

Ilmu darjat & pangkat

Sebab bertambah dan berkurangannya ilmu dan firman Allah,  “Katakanlah:’Wahai Tuhan, tambahkanlah ilmuku!” dan sabda Rasulullah s.a.w,  “Allah tidak menghilangkan ilmu dengan mencabutnya dari dada ulama, tetapi Dia menghilangkannya dengan mematikan ulama.” Tajalli wujud Yang Haq dalam sfera diri kenyataan bagi berkurangannya ilmu. Jika seseorang tidak menyedari hal tersebut dengan dirinya mampukah dia menyaksikan Tuhannya melalui penyelidikan dan pertanyaan? Seandainya kepelbagaian ilmu lahir dalam diri, penutupan yang disedari ditetapkan oleh kata-kata tersebut. Tiada apa kecuali cakra matahari kewujudan muncul dan cahayanya jatuh ke atas alam arwah. Yang Asal hanya disaksikan bila ada kenyataan sekalipun manusia dimusnahkan oleh kekuatan tamak. Tidak syak […]
March 4, 2009

Penanggung Arasy

[Mengenai Penanggung Arasy] Dengan Allah, Arasy menanggung ar-Rahman, dan mereka menanggungnya – kenyataan ini mudah dimengerti. Apakah kuasa yang ada pada makhluk dan apakah kekuatannya sekiranya bukan kerananya yang akal dan Penyingkapan bawakan? Tubuh dan roh dan makanan serta kedudukan tiada apa lagi yang pembahagian aturkan. Itulah Arasy, seandainya engkau ketahui kemuliaannya! Yang bersemayam di atasnya dengan nama ar-Rahman yang diharapkan. Mereka berlapan, dan Allah mengetahui mereka. Kini di sana adalah empat, dan tiada kesalahan pada mereka: Muhammad, kemudian Ridwan dan Malik, Adam dan Khalil (Ibrahim) dan kemudian Jibrail, Diikuti oleh Mikail dan Israfil. Hanya lapan di sini – mendapat […]
March 4, 2009

Kewujudan makhluk rohani

[Kewujudan makhluk rohani yang diciptakan daripada api yang tiada asap (jin)] Dia campurkan api dan tumbuh-tumbuhan, maka bentuk jin dijadikan sebagai ruang di antara dua keadaan. Ia adalah di antara roh yang berjasad dengan tempat yang dalam dan roh yang tiada “di mana”. Yang menerima jasad mencari makanan untuk pembesaran tanpa kepalsuan, Dan yang menerima malaikat-malaikat, menerima hati bagi mengambil bentuk dalam keasliannya. Kerana sebab ini, ia mentaati pada satu ketika dan menentang pada ketika lain Dia akan balas mereka yang tidak taat dengan dua api. [Penciptaan Jin, malaikat dan manusia] Allah berfirman, “Dia ciptakan jin daripada pucuk api yang […]
March 4, 2009

Permulaan Jasad Manusia

Permulaan Jasad Manusia [Yang pertama muncul kepada kewujudan dalam Alam Besar dan kumpulan terakhir yang dikeluarkan] Hakikat dalaman manusia tumbuh menjadi kerajaan dengan kekuasaan yang nyata Kemudian zatnya bersemayam di atas singgahsana Adam sebagaimana Arasy diduduki oleh Yang Maha Pemurah. Hakikat jasadnya muncul dalam bentuk asalnya, dan kerajaan bagi kewujudan kedua lengkap dengannya. Pengenalan ilmunya lahir dalam kenyataannya di kalangan yang mulia dan yang membenci Maka mimpinya menjadi remeh-temeh lantaran pengetahuannya dan syaitan yang direjam menjadi bangga. Mereka mencari kehampiran Allah dalam Malakut-Nya tetapi syaitan kecil membawa kesesatan kepada mereka.   [Kejadian alam yang didiami] Ketahuilah! Semoga Allah membantu kamu! […]
March 4, 2009

Permulaan ciptaan rohani

06. Permulaan ciptaan rohani [Mengenai permulaan ciptaan rohani] Siapakah yang pertama wujud dalamnya? Daripada apa ia wujud? Dalam apa ia wujud? Bagaimanakah keadaan kewujudannya? Apakah matlamatnya? Mengenai alam semesta dan bahagian-bahagianya. Perhatikah kewujudan yang rapi ini wujud kita umpama jubah yang digubah. Perhatikan khalifah-khalifah-Nya dalam kerajaan mereka mereka yang berbahasa Arab dan tidak berbahasa Arab Tidak ada di antara mereka yang menyintai Allah tanpa mencampurkanya dengan kecintaan kepada wang. Ia dikatakan: Ini adalah hamba kepada makrifat dan inilah hamba syurga dan mereka yang menjadi hamba Jahannam Melainkan sebahagian kecil daripada mereka yang mabuk dengan Dia tanpa rangsangan khayalan. Mereka adalah […]
March 4, 2009

Permulaan alam….

04: PERMULAAN ALAM DAN KEDUDUKAN NAMA-NAMA YANG INDAH Asbab Kepada Permulaan Alam Dan Kedudukan Nama-nama Yang Indah Dalam Alam Keseluruhannya Dalam sebab kepada permulaan dan peraturannya, dan penghabisan pembentukan dan pengertiannya, Dan perbezaan di antara anasir-anasir tinggi dalam tempat asalnya dan pemerintahnya, Bukti yang menunjukkan Pencipta menggubahkan semuanya melalui peraturan-Nya. [Ketinggian tempat dan kehebatan Syurga] Wali yang benar telah mengambil pengertian tentang permulaan alam dalam buku kami yang bertajuk, ‘Anqa’ Mughrib fi ma’rifa khatmi’l-awliya’ wa shamsu’l-Maghrib dan dalam buku kami bertajuk Insha’ ad-Dawa’ir yang sebahagiannya kami tulis di rumah sahabat kami yang mulia (Imam Abu Muhammad ÔAbdu’l-‘Aziz al-Mahdawi al-Qurashi) sewaktu […]
March 4, 2009

Allah melampaui segala…

3: ALLAH MELAMPAUI SEGALA SESUATU Mengenai Allah yang tanzih (putus hubungan) daripada sebarang bentuk tasybih (ada-perhubungan) atau penjelmaan, terkandung di dalam ayat-ayat yang menunjukkan dengan jelas keadaan-Nya di dalam Kitab-Nya atau melalui lidah Rasul-Nya. “Maha suci Allah dan maha tinggi, melampaui apa yang mereka katakan.” (17:43). Pada penyaksian hamba terhadap Tuhannya dalam ketulenan dan putusnya kekuatan dan ketinggiannya daripada dihubungkan dengan “bagaimana” atau yang seumpamanya adalah petanda yang memberikan keputusan muktamad tentang kedudukan hamba dan pujiannya keteguhan pengetahuan dan pengesahannya dan penolakan terhadap tuduhan dan perubahan [Segala pengetahuan dibekalkan kepada Akal Awal] Ketahuilah yang menanggung segala ilmu, baik mengenai yang […]
March 4, 2009

AMARAN

AMARAN BUAT PEMBACA YANG DIHORMATI DAN DI RAHMATI SELALU Segala bahan bacaan dan rujukan didalam website ini adalah semata bacaan, dan apabila timbul kesangsian dan ketidakfahaman dalam membaca isinya, sila rujuk dikalangan ahlinya atau pun mursyid yang diiktiraf. Janganlah memahami sesuatu perkara dalam ilmu kesufian dengan memahami dengan akal fikiran sendiri, jika begitu anda tidak akan sampai kepada pemahamannya. Apabila tidak faham,mulalah ia menjadi fitnah yang berat. Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT […]
March 4, 2009

Definasi Sufism

Sufisme (bahasa Arab: تصوف, taṣawwuf‎, bahasa Arab/Parsi: عرفان) ialah sebuah tradisi tasawuf Islam yang merangkumi berbagai-bagai kepercayaan dan amalan. Antaranya ialah aspek esoterik mengenai komunikasi dan dialog langsung antara penganut Islam dengan Allah. Tariqa (mazhab Sufi) boleh mempunyai kaitan dengan Syiah, Sunni, serta arah aliran Islam yang lain, atau dengan satu gabungan tradisi berbilang. Pemikiran Sufi muncul dari Timur Tengah pada abad ke-8, tetapi penganut-penganutnya kini terdapat di seluruh dunia. Sufisme telah menghasilkan sejumlah besar puisi dalam bahasa Arab, Turki, Parsi, Kurd, Urdu, Punjabi, dan Sindhi yang merangkumi karya-karya Jalal al-Din Muhammad Rumi, Abdul Qader Bedil, Bulleh Shah, Amir Khusro, […]
March 4, 2009

Sejarah Jalan Kesufian

Al-Kindi (m. abad kesepuluh): merujuk pada kemunculan suatu komunitas kecil di Alexandria, Mesir, pada abad kesembilan yang menyeru manusia kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Mereka disebut sufi. Menurut Muruj adz-Dzahab karya al-Mas’udi, kaum sufi mula-mula muncul di zaman Khalifah Abbasiah, al-Ma’mun. Menurut Abul Qasim Qusyairi, kaum sufi muncul di abad kesembilan, sekitar dua ratus tahun setelah wafatnya Nabi Muhammad saw. Lantas timbul pertanyaan, mengapa perlu waktu bertahun-tahun untuk sungguh-sungguh tertarik dengan ilmu kebatinan? Sekilas melongok ke sejarah masa awal Islam mungkin dapat memberikan keterangan tentang masalah ini. Mari kita tengok tanah Arab pada awal abad ke tujuh. Yang kita dapati […]
March 4, 2009

AKU

Sepatah Kata. Segala puji bagi Allah, Tuahn sekalian alam, yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Yang Maha bijaksana, Yang Maha Memiliki Ilmu Ghaib dan Yang Nyata, tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Esa tiada sekutu bagi Nya, Dialah yang awal dan yang akhir, yang Batin dan yang Zahir yang meliputi Segala sesuatu. Maha Suci Allah yang mengilhamkan ilmu kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNya. Selawat dan salam untuk cahaya bagi segala cahaya, rahsia bagi segala rahsia, pembuka pintu ilmu Ketuhanan, pelita hati,dan penawar sanubari iaitu junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan limpahkan juga rahmat […]
March 4, 2009

Mansur Al Hallaj

Antara Drama Ilahi dan Tragedi Penyingkapan Rahsia Abad ketiga hijriyah merupakan abad yang paling monumental dalam sejarah teologi dan tasawuf. Lantaran, pada abad itu cahaya Sufi benar-benar bersinar terang. Para Sufi seperti Siri as-Saqathy, Al-Harits al-Muhasiby, Ma’ruf al-Karkhy, Abul Qasim al-Junaid al-Baghdady, Sahl bin Abdullah at-Tustary, Ibrahim al-Khawwash, Al-Husain bin Manshur al-Hallaj, Abu Bakr asy-Syibly dan ratusan Sufi lainya. Di tengah pergolakan intelektual, filsafat, politik dan peradaban Islam ketika itu, tiba-tiba muncul sosok agung yang dinilai sangat kontroversial oleh kalangan fuqaha’, politikal dan kalangan Islam formal ketika itu. Bahkan sebagian kaum Sufi pun ada yang kontra. Yaitu sosok Al-Husain bin […]
March 4, 2009

Rabia’atul-Adawiyyah

Ibubapa Rabia’atul-Adawiyyah adalah orang miskin. Hinggakan dalam rumah mereka tidak ada minyak untuk memasang lampu dan tidak ada kain untuk membalut badan beliau. Beliau ialah anak yang keempat. Ibunya menyuruh ayahnya meminjam minyak dari jiran. tetapi bapa beliau telah membuat keputusan tidak akan meminta kepada sesiapa kecuali kepada Allah. Bapa itu pun pergilah berpura-pura ke rumah jiran dan perlahan-lahan mengetuk pintu rumah itu agar tidak didengar oleh orang dalam rumah itu. Kemudian dia pun pulang dengan tangan kosong. Katanya orang dalam rumah itu tidak mahu membuka pintu. Pada malam itu si bapa bermimpi yang ia bertemu dengan Nabi. Nabi berkata […]
March 4, 2009

Uwais Al-Qarani

Meraup Hikmah Sang Nafas ar-Rahmandari dari Yaman Nama Uwais al-Qarani memainkan peranan penting dalam biografi mistikal nabi. “Sesungguhnya aku merasakan nafas ar-Rahman, nafas dari Yang Maha Pengasih, mengalir kepadaku dari Yaman!” Demikian sabda Nabi SAW tentang diri Uwais, yang kemudian dalam tradisi tasawuf menjadi contoh bagi mereka yang memasuki tasawuf tanpa dituntun oleh sang guru yang hidup. Para sufi yang mengaku dirinya telah menempuh jalan tanpa pemba’iatan formal kemudian disebut dengan istilah Uwaisi. Mereka ini dibimbing langsung oleh Allah di jalan tasawuf, atau telah ditasbihkan oleh wali nabi yang misteri, Khidhir. Uwais yang bernama lengkap Uwais bin Amir al-Qarani berasal […]
March 4, 2009

Syaqiq Al Balkhy

Abu Ali – Syaqiq bin Ibrahim al Balkhy (wafat 139 H./810 salah seorang di antara tokoh tokoh besar Khurasan. Ia adalah guru dari Hatim al Asham. Dikisahkan, tentang penyebab zuhudnya, bahawa ia adalah salah seorang dari anak kalangan orang-orang berada. Suatu ketika ia melakukan lawatan ke Turki untuk suatu kepentingan perniagaan. Dan kepergiannya itu merupakan yang pertama kali baginya. Suatu saat ia masuk ke pura patung. Penjaga pura itu, rambut dan janggutnya dicukur, pakaiannya dari jenis sutera arjuwaniyah. Syaqiq berkata kepada si penjaga, “Bukankah anda mempunyai PenciptaYang Maha Hidup, Maha Tahu, dan Maha Kuasa, maka sembahlah Dia. Jangan menyembah patung […]
March 4, 2009

Jalaluddin Rumi

Ia berkata, “Siapa itu berada di pintu?” Aku berkata, “Hamba sahaya Paduka.” Ia berkata, “Kenapa kau ke mari?” Aku berkata, “Untuk menyampaikan hormat padamu, Gusti.” Ia berkata, “Berapa lama kau bisa bertahan?” Aku berkata, “Sampai ada panggilan.” Aku pun menyatakan cinta, aku mengambil sumpah Bahwa demi cinta aku telah kehilangan kekuasaan. Ia berkata, “Hakim menuntut saksi kalau ada pernyataan.” Aku berkata, “Air mata adalah saksiku, pucatnya wajahku adalah buktiku.” Ia berkata, “Saksi tidak sah, matamu juling.” Aku berkata, “Karena wibawa keadilanmu mataku terbebas dari dosa.” Syair religius di atas adalah cuplikan dari salah satu puisi karya penyair sufi terbesar dari […]
March 4, 2009

Ibnu ‘Araby

Ibnu ‘Araby dikenal luas sebagai ulama besar yang banyak pengaruhnya dalam percaturan intelektualisme Islam. Ia memiliki sisi kehidupan unik, filsuf besar, ahli tafsir paling teosofik, dan imam para filsuf sufi setelah Hujjatul Islam al-Ghazali. Lahir pada 17 Ramadhan 560 H/29 Juli 1165 M, di Kota Marsia, ibukota Andalusia Timur (kini Spanyol), Ibnu ‘Araby bernama lengkap Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Ali bin Abdullah bin Hatim. Ia biasa dipanggil dengan nama Abu Bakr, Abu Muhammad dan Abu Abdullah. Namun gelarnya yang terkenal adalah Ibnu ‘Araby Muhyiddin, dan al-Hatamy. Ia juga mendapat gelar sebagai Syeikhul Akbar, dan Sang Kibritul […]
March 4, 2009

Hasan Al-Bashri

Lahir dan pertumbuhannya: Nama Hasan bin Yasar, maula (hamba yang dimerdekakan untuk laki-laki, untuk perempuan maulat) milik sahabat yang mulia Zaid bin Tsabit dan ibunya, Khairah maulat milik Ummu Salamah, istri Nabi saw. Hasan lahir di Madinah, kira-kira tahun 30 H, dia dibesarkan di rumah isteri-isteri Nabi, terutama rumah Umu Salamah. Dia terdidik di pangkuan Umu Salamah yang merupakan salah satu wanita Arab yang paling sempurna akal pikirannya, paling bijaksana, isteri Nabi yang paling luas ilmuanya dan paling banyak meriwayatkan hadis dari beliau. Juga termasuk hitungan wanita Arab yang tahu tulis baca di zaman Jahiliah. Hasan juga mendapatkan kehormatan dapat […]
March 4, 2009

HAMKA

  Haji Abdul Malik Bin Haji Abdul Karim Amarullah ( HAMKA). Pengenalan Tokoh dari tanah seberang ini sengaja dipilih untuk disisipkan dalam koleksi ini kerana Almarhum Haji Abdul Malik Bin Haji Abdul Karim Amarullah atau dikenali sebagai Prof. Dr Hamka adalah ulama besar Nusantara yang sangat terkenal. Lebih-lebih lagi beliau berasal dari tanah Minangkabau yang mempunyai pertalian dengan masyarakat adat perpatih di Negeri Sembilan. Setiap orang di negara ini yang pernah melihat dan mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh tokoh ini pastinya merasai kerinduan yang mendalam terhadap nastolgia lampau. Penyusun sendiri tanpa sedar boleh menitiskan airmata apabila tokoh ‘idola’ ini […]
March 4, 2009

Al Ghazali

Gambaran Lukisan Manusia Sahaja…… Sejarah Ringkas Al Ghazali Nama lengkapnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad, Imam Besar Abu Hamid Al Ghazali Hujjatul Islam. Dilahirkan di Tunsia, suatu kota di Khurasan dalam tahun 450 Hijrah (1058M). Ayahnya berkerja membuat pakaian dari bulu (wol) dan menjualnya di pasar Thusia. Sebelum meninggal ayah Al Ghazali meninggalkan kata pada seorang ahli tasawuf iaitu temannya juga, supaya mengasuh dan mendidik Al Ghazali dan adiknya Ahmad. Setelah meninggal ayahnya, maka hiduplah Al Ghazali dibawah asuhan ahli tasawuf itu. Harta pusaka yang diterimanya adalah sedikit sekali. Ayahnya seorang miskin yang jujur, hidup atas usaha […]
March 4, 2009

Abu Yazid Al Busthami

Setelah menatap Allah aku memandang diriku sendiri dan merenungi rahsia serta hakikat diri ini. Cahaya diriku adalah kegelapan jika dibandingkan dengan Cahaya-Nya, kebesaran diriku sangat kecil jika dibandingkan dengan kebesaran-Nya, kemuliaan diriku hanyalah kesombongan yang sia-sia jika dibandingkan dengan kemuliaan-Nya. Di dalam Allah segalanya suci sedang didalam diriku segalanya kotor dan tercemar. Abu Yazid Thoifur bin Isa bin Surusyan al-Busthami, lahir di Bustham terletak di bahagian timur Laut Persi. Meninggal di Bustham pada tahun 261 H/874 M. Beliau merupakan salah seorang Sultan Aulia, yang juga sebagai salah satu Syeikh yang ada dalam silasilah dalam thoriqoh Sadziliyah dan beberapa thoriqoh yang […]