Menolak Fahaman Tajsim
April 26, 2009Ilmu Tauhid
April 26, 2009
1. اسمه: علم التصوف وعلم السر وعلم السلوك.
1. Namanya : Ilmu Tasauf, Ilmu Sirr dan ilmu perjalanan menuju keredhaan
Allah.
2. حده: فَهُوَ عِلْمٌ يُعْرَفُ بِهِ اَحْوَال النَّفْسِ وَ صِفَاتِهَا الذَّمِيْمَةِ وَالْحَمِيْدَة.
2. Pengertiannnya : Iaitu Ilmu untuk mengetahui segala urusan nafsu ( hati ) dan sifat- sifatnya yang keji dan terpuji.
3. مَوْضُوْعُهُ: فَهُوَ النَّفْسُ مِنْ حَيْثُ مَا يُعْرَفُ لَهَا مِنَ الأَحْوَالِ وَالصِّفَاتِ .
3. Tempat perbahasannya : Iaitu Nafsu ( Hati ) berkenaan perkara- perkara yang berkaitan dengan segala keadaan- keadan hati dan segala sifat – sifatnya.
4. ثَمْرَتُهُ: فَهُوَ التَّوَصُّلُ بِهِ اِلىَ تَخْلِيَّةِ الْقَلْبِ عَنِ اْلأَغْيَارِ وَتَحْلِيَّتِهِ بِمُشَاهَدَةِ المَلِكِ الغَفَّارِ.
4. Buah hasilnya : Iaitu tercapai dengan sebabnya kesucian hati daripada aghyar ( Ingatan selain daripada Allah Taala) dan terhiasnya hati dengan
penyaksian Tuhan Al Malikul Ghafar ( Raja yang sangat mengampuni ).
5.حُكْمُهُ: فَهُوَ الوُجُوبُ الْعَيْنِ عَلَى كُلِّ مُكَلَّفٍ , وَذَلِكَ لأِ نَّهُ كَمَا يَجِبُ تَعَلُّمُ مَا يُصْلِحُ الظَّاهِرَ كَذَلِكَ يَجِبُ تَعَلُّمُ مَا يُصْلِحُ الْبَاطِنَ.
5. Hukumnya : Iaitu wajib ain ( fadhu ain ) atas tiap- tiap mukalaf. Demikian itu kerana seperti mana wajib mempelajari ilmu- ilmu yang memperbaikan zahir seperti itulah juga wajib mempelajari perkara- perkara yang memperbaikan hati.
6. فَضْلُهُ: فَهُوَ فَوْقَانُهُ عَلَى سَائِرِ الْعُلُومِ مِنْ جِهَةِ أَنَّهُ يُوٍصِلُ اِلَىَ مَا ذُكِرَ .
6. Kelebihannya : Iaitu yang teratas dari segala ilmu yang lain dari segi ianya adalah Wasilah ( yang menyampaikan) kepada segala perkara tersebut.
7.نِسْبَتُهُ لِلّعُلُوم : فَهِىَ أَنَّهُ أَصْلُ كُلِّ عِلْمٍ وَمَا سِوَاهُ فَرْعٌ. وَنِسْبَتُهُ لِلْبَاطِنِ كَنِسْبَةِ الْفِقْهِ اِلَى الظَّاهِر.
7. Nisbah (bandingan ) dengan yang ilmu lain : Ia adalah asal tiap- tiap ilmu dan perkara- perkara yang selainnya adalah cawangannya. Nisbahnya diantara perkara- perkara yang batin samalah seperti nisbah ilmu fekah terhadap perkara- perkarayang zahir.
8. واَضِعُوهُ : فَهُمْ الأَئِمَّةُ الأْعْيَانِ الْعَارِفُوْنَ بِرَبِّهِمْ اْلمَنَّان .
8. Penyusun : Terdiri daripada mereka, semua Pemuka Ahli Tasauf yang ariffin Birabbihim Al mannan ( yang telah mengenal Tuhan mereka yang bersifat sangat pemberi, dengan mata hati ).
9. اِسْتِمْدَادُهُ : فَهُوَ مِنْ كَلاَمِ اللهِ وَكَلاَمِ رَسُوْلِهِ سَيِّدِ عَدْنَان, صلى الله عليه وسام , وَذَوِى اليَقِيْنِ وَالْعِرْفَانِ .
9. Tempat ambilannya : Iaitu daripada Kalam Allah ( Al-Quran) dan hadis Rasulnya iaitu Penghulu daripada Anak Adnan S.A.W. dan daripada mereka yang mempunyai yakin dan pengenalan ( Makrifat kepada Allah Azzawajalla).
10 . مَسَائِلُهُ : فَهِىَ قَضَايَاهُ التَّى يُبْحَثُ فِيْهَا عَنْ عَوَا رِضِهِ الذَّاتِيَّة.
10. Masalah- masalahnya : Iaitu segala konsep-konsep yang dibahaskan didalamnya terdiri daripada hakikat perkara-perkara yang timbul ( yang hasil daripada menjalani riyadah ilmu tasauf ) seumpama al-fana`1,al-baqa`2,al-muraqabah3 dan lain- lain lagi.
Catitan:
- Fana : Binasa, hapus, hilang, lenyap, gugurnya sifat- sifat yang tercela pada diri hamba sebagaimana baqa` itu ialah wujudnya sifat- sifat terpuji pada diri hamba.
- Baqa` : Kekal- sebagai istilah Tasauf digunakan untuk nama maqam sesudah maqam fana`. Orang yang maqam berada pada maqam baqa akan berpandangan dengan al-Haq Taala dengan tiada terdinding daripada memandang sekalian makhluk ini. Menurut Imam Al-Qusyairi: Baqa` itu ialah tegaknya (bersifat dengan ) sifat- sifat yang terpuji pada hamba.
3. Muraqabah : Mengintai-intai al Haq Taala dengan mata hati.