About Si Cacai

March 4, 2009

Ucapan untuk para pembaca

Petikan Surat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani Sahabat-sahabatku yang dikasihi. Hati kamu adalah seumpama cermin yang berkilat. Kamu mesti membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang menutupinya. Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya rahsia-rahsia Ilahi.Bila cahaya dari “Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi…” mula menyinari ruang hati kamu, lampu hati kamu akan menyala. Lampu hati itu “berada di dalam kaca, kaca itu sifatnya seumpama bintang berkilau-kilauan terang benderang…” Kemudian kepada hati itu anak panah penemuan-penemuan suci akan hinggap. Anak panah kilat akan mengeluarkan daripada awan petir maksud “bukan dari timur atau barat, dinyalakan dari pohon zaitun yang […]
March 4, 2009

AMARAN

AMARAN BUAT PEMBACA YANG DIHORMATI DAN DI RAHMATI SELALU Segala bahan bacaan dan rujukan didalam website ini adalah semata bacaan, dan apabila timbul kesangsian dan ketidakfahaman dalam membaca isinya, sila rujuk dikalangan ahlinya atau pun mursyid yang diiktiraf. Janganlah memahami sesuatu perkara dalam ilmu kesufian dengan memahami dengan akal fikiran sendiri, jika begitu anda tidak akan sampai kepada pemahamannya. Apabila tidak faham,mulalah ia menjadi fitnah yang berat. Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT […]
March 5, 2009

Munajat Si Cacai

Tuhan ku! Akulah hamba Mu yang fakir di dalam kekayaanku, maka bagaimana aku tidak menjadi orang yang fakir didalam kefakiran ku. Tuhanku, akulah orang yang bodoh didalam ilmuku, maka bagaimanakah aku tidak lah pula seorang yang bodoh didalam kebodohanku. Tuhanku, sesungguhnya perubahan kehendakMu dan kecepatan berlangsungnya takdir Mu, telah mencegah hamba-hambaMu yang ahli Makrifah kepada Mu yang tenang menerima pemberian dan kebosanan didalam menerima cubaan daripada Engkau. Tuhanku, daripada keluar apa yang memang patut dengan sifat kejiku dan daripada Mu pasti keluar apa yang patut dengan sifat kemurahan Mu.