March 5, 2009

Kitab Risalah Tasawuf

Kitab Risalah Tasawuf KITAB RISALAH TASAUF OLEH TUAN GURU SYEIKH DAUD BUKIT ABAL. MURSYID BAGI TARIQAH AHMADIYYAH IDRISSIAH DI BUKIT ABAL. DISYARAH OLEH USTAZ MUHAMMAD HIZAM AL-AHMADI (Dipetik daripada muzakarah di Bicarasufi.Com) بسم الله الرحمن الرحيم Matan: Terbahagi ugama kepada tiga. Pertama: IMAN, kedua: ISLAM, ketiga: IHSAN kerana ugama itu, adakalanya amalan dalam yakni hati maka dinamakan akan dia iman. Syarah MH Tok Guru Hj Daud Bukit Abal merujuk kepada hadith Jibril tentang IMAN ISLAM IHSAN. Matan hadithnya adalah seperti berikut:- عن عمر رضي الله عنه قال : بينما نحن جلوس عـند رسـول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم […]
March 5, 2009

Tasawuf dalam Pandangan Al Junaid

Tasawuf dalam Pandangan Al Junaid Dasar-dasar Tasawuf “Kitab ini yaitu Al-Qur’an adalah kitab paling mulia dan paling lengkap. Syariah kita adalah aturan hidup yang paling jelas dan paling rinci. Tareqat kita, yakni jalan ahli tasawuf, dikuatkan dengan kitab dan sunnah. Maka barang siapa belum mendalami al-Qur’an, memelihara Sunnah dan memahami makna-maknanya tidak boleh di ikuti.” Ia juga berkata kepada sahabat-sabahatnya : “Seandainya kamu melihat seseorang terbang di udara maka janganlah kamu meyakininya hingga melihat perbuatannya berkaitan dengan perintah dan larangan Allah. Jika kamu melihat ia menjalankan perintah-perintah Allah dan meninggalkan larangan-larangan-Nya, maka kamu boleh mempercayai dan mengikutinya. Tetapi jika kamu […]
March 5, 2009

Mafhum Tasawuf dan Tareqat

Mafhum Tasawuf dan Tareqat Seperti yang dijelaskan sebelum ini, tasawuf dalam penggunaan ahli sufi merujuk kepada akhlak dan proses penyucian jiwa (rujuk siri penerangan tasawuf sebelum ini). Adapun golongan yang tidak mahu menggunakan istilah tasawuf, tidak mengapa. Apa yang paling penting, bukan nama, tetapi mafhum dan makna tasawuf itu sendiri, merupakan suatu kewajiban bagi setiap umat Islam. Sepertimana dalam ilmu fiqh, kalau ada yang mengatakan, “saya menolak penggunaan nama ilmu fiqh”, namun kewajiban keatasnya untuk beramal dengan mafhum dan makna ilmu fiqh tersebut tetap tidak gugur, kerana ilmu fiqh merupakan istilah yang merujuk kepada syariat, dan syariat wajib diikuti oleh […]
March 5, 2009

Kamus Tasawuf (L-Z)

Kamus Tasawuf (L-Z) mabuk: Keadaan orang yang di dalam jazbah. Dia lupa kepada dirinya tetapi pancainderanya masih aktif. Hati nuraninya dikuasai oleh hal ketuhanan yang berbeza dengan sifat kemanusiaan. Oleh yang demikian lahirlah perbuatan dan perkataan yang menyalahi peraturan kemanusiaan. mahabbah: Cinta. majnun: Gila. majzub: Orang yang mengalami jazbah. makam: Hati hamba menjadi tempat curahan kurniaan Allah s.w.t. Dikurniakan-Nya berbagai-bagai hal kepada hati hamba-Nya. Kurniaan yang demikian adalah semata-mata kerana rahmat dan belas kasihan-Nya kepada hamba-Nya. Hamba tidak berupaya mendapatkan yang demikian dengan amal dan ilmunya. Tetapi apabila kurniaan tersebut diterima oleh hati, maka si hamba perlu mengambil langkah yang […]
March 5, 2009

KAMUS TASAWUF ( A – L)

KAMUS TASAWUF ( A – L)abadi: Tidak ada kesudahan. Kesudahan bagi tiap-tiap yang bernyawa adalah kematian dan kesudahan bagi makhluk ciptaan Tuhan adalah kiamat. Dalam suasana yang abadi kematian dan kiamat tidak ada lagi. Ini adalah suasana akhirat. abd: Makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t dan dihukumkan bahawa mereka berhajat dan bergantung kepada-Nya. Tidak ada makhluk yang boleh berdiri sendiri tanpa sokongan Tuhan. Abdul Rab: Hamba Tuhan. Keterangannya lihat Hakikat Abdul Rab. abid: Hamba yang dikuasai oleh rasa ketidak-upayaan diri dan dia semata-mata bergantung kepada daya dan upaya yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dalam keadaan Dia berhak dan boleh mengambil […]
March 5, 2009

Asas Tasawuf

Asas Tasawuf Mabadi’ 10 Ilmu TasawufOleh : Ustaz Mahyuddin Muhammad Ghazali bin Haji Abdullah dari Madrasah Al-Fununiah Al-Tunjuniah Batu Lima Daerah Pendik Jalan Kuala Krai, Kota Bharu Kelantan Oleh kerana timbul dan berlaku beberapa pelajaran dan amalan yang dinamakan Ilmu Isi yang boleh menyampaikan kepada Makrifat Ketuhanan, maka dhohirlah berbagai-bagai I’tiqad atau pegangan hati yang menyeleweng daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan sesat lagi menyesat kepada orang ramai. Dengan jalan yang demikian, maka saya tulis sebuah risalah yang dinamakan “Mengenal Diri Mengenal Allah” sebagai panduan jalan yang boleh menyampaikan kepada makrifat yang sebenar mengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah Tiap-tiap ilmu mempunyai sepuluh [10] […]
March 5, 2009

Tarekat Awam Dan Tarekat Khas

Tarekat Awam Dan Tarekat Khas Dalam wancana Syadziliyah ada tahap dimana, para penempuh jalan Sufi melakukan melalui dua cara: Cara pertama melalui cara yang ditempuh khalayak awam (umum) dan ada pula yang ditempuh oleh khalayak khusus (Khas). Pandangan awam mahupun Khas di sini, tidak bersifat sosiologi mahupun intelektual. Tetapi bersifat spiritual. Penentuan seseorang melalui sistem Awam atau pun Khas, hanyalah bentuk penempuhan itu sendiri. Sebagaimana dalam Al-Qur’an ada istilah al-Muhibbin dan Al-Mahbubin, ada ash-Shiddiqin dan ada pula ash-Shadiqin. Konteks lain dari istilah Sufi, ada proses yang bersifat Al-Murid ada juga dengan proses Al-Murad. Jadi kategori di atas hanyalah kategori proses […]
March 5, 2009

Tarekat Qodiriyah

Sekilas Tarekat Qodiriyah Tumbuhnya tarekat dalam Islam sesungguhnya bersamaan dengan kelahiran agama Islam itu sendiri, yaitu sejak Nabi Muhammad saw diutus menjadi Rasul. Fakta sejarah menunjukkan bahawa peribadi Nabi Muhammad saw sebelum diangkat menjadi Rasul telah berulang kali melakukan tahannus dan khalwat di Gua Hira’ di samping untuk mengasingkan diri dari masyarakat Makkah yang sedang mabuk mengikuti hawa nafsu keduniaan. Tahhanus dan Khalwat nabi adalah untuk mencari ketenangan jiwa dan kebersihan hati dalam menempuh permasalahan dunia yang kompleks tersebut. Proses khalwat nabi yang kemudian disebut tarekat tersebut sekaligus diajarkannya kepada Sayyidina Ali ra. sebagai cucunya. Dan dari situlah kemudian Ali […]
March 5, 2009

Zikir in Naqsyabandiyah order

Zikir in Naqsyabandiyah orderSilent Part, counting with stones: Shahada 3 times; astaghfirullah 70 times; Shaykh recites the du’a: “Allahuma Ya Musabbib al-Asbab, Ya Mufattih al-Abwaab, Ya Muqallib al-quloobi wal-absaar, Ya Daleel al-mutahayyireen, Ya Ghiyath al-mustaghatheen, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dhul-Jalali wa-l-Ikram! Wa ufawwidu amri il-Allah, inn-Allaha baseerun bil-cibad.” Rabitat ash-sharif, connect your heart to the heart of the Shaykh, from him to the heart of the Prophet (s), the Prophet (s) will connect you to the Divine Presence; Fatiha 7 times; Salawat – prayer on Prophet (s) 100 times; Surat al-Inshirah 79 times; Surat al-Ikhlas 1001 times; Fatiha 7 […]
March 5, 2009

Naqsabandiah Al-Kholidiah

Tariqa Naqsabandiah Al-KholidiahMarkas : Kg. Melayu Sri Kundang, Kundang, Selangor Darul Ehsan INILAH SALASILAH TARIQAT NAQSYABANDIYAH YANG TURUN DARI BABUSSALAM TANJUNG PURA (LANGKAT), SUMATERA UTARA INDONESIA. Saidina Jibril Saidul Mursalin Saidina Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar as-Siddiq Sheikh Salman Farisi Sheikh Qasim b Muhammad bin Abu Bakar as-Siddiq Sheikh Jaafar Siddiq Sheikh Abu Yazid Thoifur Bistami Sheikh Abu Hassan Khorqoni Sheikh Abi Ali Farmidi Sheikh Abu Yaqub Yusuf Hamadani Sheikh Abdul Khalik Ghujdawani Sheikh Arif Riyukuri Sheikh Mahmud al Anjari Faghnawi. Sheikh Azizan Ali Ramaitani Sheikh Muhammad Babus Samasi Sheikh Sayyid Amir Kullaal Sheikh Bahaudin Shah Naqsyabandi Sheikh Muhammad Alauddin […]